zetynara

~~~~~~~love is in the air~~~~~~

Followers, Thanks.... guys....

Nuffnang

Wednesday, February 27, 2013

Cerita Astro

Assalammulaikum..
cerita astro... pehai la depa ni dok call-call cakap astro i menang cabutan bertuah (Wak seman dia)  tulung-tulung sangat-sangat.. jangan sesekali call masa orang tengah keje..!! menyusahkan orang.. call berkali-kali..bank pun sama. kalau orang dah tak berminat jangan paksa-paksa... i tak suka... 

Astro guy : Assalammulaikum Puan Jariah (awal-awal dh buat zety binggit, dia boleh panggil i Puan..hadoi la)  
                 boleh saya bercakap sebentar..

Si Chantek : Puan Jariah tu my mum.. i zety nak apa yer...(ingatkan pasal bill ker..)

Astro guy : macam ini Puan acc puan telah memenangi cabutan bertuah... so kami nak bagi satu decoder free 
                 untuk puan, free installation fees dan...( x sempat dia habis cakap, i dah potong..)

Si Chantek : Sorry tak berminat!!!!

Astro guy : Boleh saya tahu kenapa puan..???

Si Chantek : sebabnya rumah saya ada 1 tv jer.. (hahahaha!!!!! ayat spontan..)

terkejut budak astro tu... dia siap nak tergelak.. hahahahahah....!!!!!! kejadian ini berlaku semalam pukul 10.30am..

P/S : Celcom sila perbaikan line anda..berapa banyak kali i nak buat report.. siot la.(geram sangat-sangat ini)
Pure Marine callagen masih ada lagi murag-murah.. kalau berminat habaq mai na....PMC 0196688269 zety (promote lg hehehe..)

WORDLESS WEDNESDAY

Assalammualaikum..

Morning semua.. hehehe!!! 3-4 Bulan nie zety asyik bercerita tentang PURE MARINE COLLAGEN jer kan... mesti ada yang nak termuntah.. "asyik-asyik PMC tak ada benda lain ke budak ni.." (ini lah ayat yang terngiang-ngiang kat kepala korang kan... ) tapi ada i kisah heheheh..!!!

Ini ada beberapa story yang i nak kongsikan, baru-baru ini ada 1 hamba Allah ini, dok promote dia punya produk..

Benggong : "kalau akak beli tut..E**** ini, untung tau sebab saya dah 3bulan guna produk ini dan tengok hasilnya (dia pun tunjuk la picture atm bank dia..).. kita kak kena lah banyak berusaha.. panggil orang beli produk kita.. kalau dia tak nak beli tak apa, mungkin kawan dia nak.. mana tahu kawan dia bagitahu kawan-kawan yang lain ker.. tengok untung tak.." wak dia,

credit to google
Si Chantek : tanya ini MLM tu ker...

Benggong : "eh bukan MLM ni akak carikan orang untuk orang atasan.. makin banyak akak cari makin kaya orang atas..pastu produk tak ada, kita jual produk kak.. senang jer dia sama macam M*** ***, B********, tu semua bukan MLM akak cari ramai yang beli akak untung saya langsung tak dapat apa-apa.. pastu akak bayangkan orang yang beli ngan akak tu jual pulak kat member dia, akak pun untung juga, dapat 10% dari barang yang dijual..(sambil tunjuk pic duit, akak tahu itu  duit kwsp ko, ko keluarkan konon-kononnya duit dapat untung..sakit pulak hati kita..)

credit to google

Si Chantek : macam ini la dik, akak dah cukup kaya, setakat duit yang adik tunjuk tu akak tak hairan la... duit akak hah!!!! siap letak dalam bakul.. tu kat bilik akak tu bukan main banyak sampai tak tahu nak tido kat mana.. duit jer merata..!!!!! kalau buka pintu tandas yang kuar duit dulu tau...hahahaha kaya kan...!!!! (riak,takbur... tp bila tengok atm..sedey... tp alhamdulillah rezeki cukup untuk menampung hidup nie... hehehe!!)

credit to google

Budak tu benggang terus senyap... hahaha!!!! siap cakap "bodoh ar akak ini.."vah..vah...vah. suka-suka jer nak bodoh-bodoh kan orang..hampeh ayam betul... tapi apa-apa pun puas hati si chantek..(wah gitu) 

Kalau betul pun nak kaya.. nak senang ker.. cubalah berusaha lebih, perlu ke sampai nak join MLM semua tu..bagi zety Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih pada zety dengan cara menjual SEAWEED... 
Rasulullah sendiri pernah bersabda  "9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan", 
"Sesungguhnya mencari rezeki yang halal itu banyak caranya, antaranya ialah dengan berniaga. Agama Islam amat menggalakkan umatnya berniaga kerana ia merupakan sumber rezeki yang paling afdal diusahakan. Inilah juga pekerjaan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan kebanyakkan para sahabat. Danketahuilah bahawa peniaga yang melaksanakan urusan perniagaannya dengan cara yang baik dan jujur akan mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah Subhanahu Wata'ala"

P/s: Pure Marine callagen masih ada lagi murag-murah.. kalau berminat habaq mai na....PMC 0196688269 zety (promote lg hehehe..)




Tuesday, February 5, 2013

PURE MARINE COLLAGEN GRED AAAA


ASSALAMMUALAIKUM.... 
PMC GREEN RM25/PACK 100GM

Pure Marine Collagen terbaru GRED AAAA @ HIJAU SEAWEED, ia memiliki khasiat yang sama dengan PMC UNGGU & PMC PUTIH.....Antioksida Klorofil pada rumpai laut hijau dapat berfungsi sebagai antioksida. Zat ini membantu membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh. Ia sebenarnya rumpai laut yang terhasil sebelum ke peringkat pengeringan yang menjadi kekuningan dan ungu. Nanti i upload pic PMC Green ini masa kembang erk... 
Kepada sesiapa yang berminat dengan PMC Green ini boleh msg zety 0196688269

KAEDAH PENYEDIAAN B
 
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais




Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
 
 
air rendaman semalaman rumpair laut ni jgn dibuang ya...
- boleh buat rendam kaki lak utk hilangkan rekahan... pastu baru buang..
- sapu kat kepala, biar kering sebentar, bilas.. utk masalah kelemumur & rambut x berapa nak ada..
- sapu kat kulit tubuh ala2 lulur.. biar kering sekejap then bilas..
 
 
Cara Pengambilan :
 
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker


P/S: Hampir setiap hari i gune masker... kulit muka makin halus.. hehehe!!! suke..suke..suke

Monday, February 4, 2013

APA KEPENTIGAN KOLAGEN PADA TUBUH KITA..



Assalammualaikum.. 

Today entry adalah berkaitan dengan KEPENTINGAN KOLAGEN PADA TUBUH BADAN seperti yang semua tahu "Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.". Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.


Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom. Khasiat kolagen Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita. 

Pic from google

Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.Kesihatan kulit Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.


Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. 


Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat. Kuku dan rambutHasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. 


Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.


Pengurusan berat badan Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur. Sendi dan tulang Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis. 

SEKIAN SAHAJA

P/S :- Ekstrak collagen sgt baik untuk kita.. apa tunggu lagi, jom ikut jejak saya. PMC every morning and night Insha ALLAH kesan yang memuaskan... x perlu lagi pill, ianya boleh merosakkan buah pinggang kita.. :)