zetynara

~~~~~~~love is in the air~~~~~~

Followers, Thanks.... guys....

Nuffnang

Monday, February 4, 2013

APA KEPENTIGAN KOLAGEN PADA TUBUH KITA..



Assalammualaikum.. 

Today entry adalah berkaitan dengan KEPENTINGAN KOLAGEN PADA TUBUH BADAN seperti yang semua tahu "Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.". Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.


Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom. Khasiat kolagen Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita. 

Pic from google

Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.Kesihatan kulit Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.


Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. 


Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat. Kuku dan rambutHasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. 


Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.


Pengurusan berat badan Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur. Sendi dan tulang Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis. 

SEKIAN SAHAJA

P/S :- Ekstrak collagen sgt baik untuk kita.. apa tunggu lagi, jom ikut jejak saya. PMC every morning and night Insha ALLAH kesan yang memuaskan... x perlu lagi pill, ianya boleh merosakkan buah pinggang kita.. :)

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

useful info...thanks for sharing... ^_^

Unknown said...

Welcome Farah Waheda Wahid :)

sufie said...

owh,yeah! info kolagen yang sangat2 berguna. terima qaseh atas info. PMC banyak jual kat pasar basah sabah. tym kecik2 dulu SY panggil rumpai laut je. tak tau pon selama ni PMC ade kolagen. mama selalu beli. dah jadi makanan budaya orang sabah.

Unknown said...

yer ker... untungnya awk... sentiasa lah Sufinah Yussof amalkan.. elok tau utk kulit dn dalaman...