zetynara

~~~~~~~love is in the air~~~~~~

Followers, Thanks.... guys....

Nuffnang

Sunday, July 31, 2011

my diet product...


Amalkan program diet yang sihat dengan Dr Diet

Memandangkan kesemua amalan semasa dan sokongan diet jangka pendek lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan dalam jangka panjang, adalah munasabah untuk berhati-hati semasa memilih pelan pengurusan berat badan yang meningkatkan kesihatan, tidak mengabaikan khasiat dan buktinya disahkan oleh pakar kesihatan yang profesional.

Adakah terdapat satu pelan yang bukan sahaja dapat membantu kita mencapai berat badan yang dihajati malah tidak kehilangan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita?

Tentu sekali dengan Dr Diet!
Dr Diet ialah program Diet Berkalori Sederhana (MLCD) yang direka khas untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan secara selamat, berjangka panjang dan mengekalkan keadaannya. Dr Diet dihasilkan di Amerika Syarikat oleh satu pasukan yang terdiri daripada para pakar perubatan dan ahli sains yang terkemuka. Dr Diet dikilangkan secara eksklusif untuk Elken oleh Medifast Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kajian Kes
Dalam satu kajian kes yang dikendalikan ole Dr. Cheskin dan Dr. Crowell dari JHUM terdapat peserta yang menggunakan rancangan penggantian hidangan Dr Diet, secara puratanya, peserta lelaki kehilangan 30kg dan peserta wanita 21kg dalam jangka masa 16 minggu.

Institusi Utama di Amerika Syarikat yang menggunakan formula Dr Diet:
  • Pusat Pengurusan Berat Badan Johns Hopkins, Maryland
  • Universiti Vermont, Vermont
  • Klinik Mayo, Florida
  • Hospital Mount Sinai, New York
  • Universiti Hospital Miami, Florida
  • Universiti Georgetown, Washington D.C
Formula Dr Diet telah diluluskan untuk jualan secara bebas oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (FDA). Ia telah digunakan di hospital utama, disyorkan oleh lebih daripada 15,000 pakar perubatan di Amerika Syarikat dan digunakan oleh lebih daripada 1 juta pengguna.
Apa Keistimewaan Dr Diet?
Dr Diet ialah suatu rancangan penggantian hidangan yang berkalori sederhana rendah untuk membantu mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat dan diingini tanpa mengabaikan nutrien harian yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia telah diuji dan disahkan selamat disunakan tanpa memerlukan pamantauan perubatan.

Bagaimana Dr Diet Berfungsi?
  • Karbohidrat pada paras sederhana digunakan selama beberapa hari, untuk mencipta kekurangan glukosa - bahan bakar yang amt diperlukan dalam tubuh.
  • Tubuh berusaha mencari gantian seperti glikogen sebagai sumber tenaga. Sebaik sahaja glikogen habis, ia terpaksa mencari sumber tenaga lain
  • Dr Diet mengandungi karbohidrat dan protein sederhan yang membantu melindungi otot daripada dimetaboliskan kepada tenaga. Oleh itu, badan beralih kepada lemak simpanan untuk menghadapi darurat.
  • Otot tidak dimetaboliskan dan kecergasan badan dikekalkan. Lemak diurai kepada asid lemak bebas ( molekul lemak yang lebih kecil ) dan kemudian dioksidakan kepada keton oleh hati. Akhirnya, ia akan dikeluarkan secara sedikit-sedikit dalam pembuangan air kecil - suatu proses yang sihat dan berkesan untuk mengurangkan lemak badan yang dikenali sebagai Ketosis Sederhana.
Soalan-soalan yang sering Ditanya

Adakah Dr Diet dianggap sebagai diet berprotein tinggi?
Tidak, kerana ia hanya mengandungi 12g protein dalam setiap hidangan. Lagipun, Dr Diet menggunakan protein soya yang tidak serupa dengan protein susu / protein yang didapati pada produk-produk lain. Tambahan pula, program ini membenarkan pengambilan protein tambahan dalam hidangan biasa harian. Perbezaan Dr Diet dan produk-produk Diet Berkalori Sangat Rendah (VLCD) 'puasa sepenuhnya' yang lain ialah Dr Diet mempunyai paras karbohidrat yang lebih tinggi. Ini kerana Dr Diet merupakan satu program jangka panjang yang direka bukan sahaja untuk pengurangan berat badan malah juga untuk meningkatkan kesihatan
keseluruhan.

Perlukan saya bersenam apabila mengikuti program Dr Diet?
Ya, ia adalah penting. Bermula dengan satu pelan senaman ringan, Selepas tiga hingga empat minggu, anda boleh meningkatkan tahap aktiviti anda.

Bolehkan saya mengambil suplemen kesihatan seperti Spirulina, Vitamin C, EPA dan suplemen kesihatan / traditional lain?
Ya, boleh. Ini adalah kerana Dr Diet ialah hidangan penggantian yang akan menyediakan nutrien harian yang diperlukan. Suplemen kesihatan yang dinyatakan di atas pula menjamin perlindungan yang lebih lengkap untuk aktiviti metabolisme biasa dalam tempoh pengurangan berat badan. Walau bagaimanapun, alkohol tidak boleh diambil apabila menjalankan
program ini.

Mengapakah saya mesti minum air yang banyak?
Dalam program pengurangan berat badan seperti Dr Diet, tubuh anda memerlukan air tambahan untuk menyingkirkan bahan sampingan metabolisme lemak-keton. Air tidak akan menyebabkan penurunan berat badan, sementara menambahkan keefisienan tubuh untuk menyingkirkan 'bahan buangan' di dalam tubuh. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Boleh saya campurkan Dr Diet dengan minuman lain contohnya Milo, Ovaltine, Horlicks dan gula?
Elakkan mencampur minuman lain dengan Dr Diet. Paket ini hanya boleh dicampurkan dengan air sejuk. Anda boleh mengambil minuman lain sebagai sebahagian daripada program hidangan / kudapan yang bijak anda.

Adakah Dr Diet disahkan HALAL?
Ya, Dr Diet disahkan HALAL oleh Lembaga Nutrisi dan Makanan Islam di Amerika Syarikat.

Adakah pengambilan Dr Diet akan menjejaskan peluang kehamilan?
Tidak, tiada bukti saintifik yang menyokong penyataan ini. Walau bagaimanapun, wanita yang hamil atau menyusukan anak patut elakkan program Dr Diet kerana tahap penyerapan dan pengambilan nutrien mungkin tidak mencukupi. Jika anda mengandung, hentikan program Dr Diet dan segeralah berjumpa dengan doktor anda.

No comments: