zetynara

~~~~~~~love is in the air~~~~~~

Followers, Thanks.... guys....

Nuffnang

Friday, November 14, 2014

My 1st DATE

Assalammualaikum uolsss..
Lama rasanye zety x update blog, nak kata bz tu tak la.. cuma saje mem-bizy-kan diri uols hehehe..!!!! (ayatku jemah).

Harini zety nak ceritakan my 1st DATE with ma man.. ma man hoccay.!!!! Seperti date2 kebanyakkan couple kami makan-makan and makan-makan lagi.. dan makan-makan lagi.. almakkumlah makan tu bukan sekadar keperluan untuk kita terus hidup.. ia juga sebahagian dari hobi kami hahahah!!!!!(aduh bengkak hidung).

Ma man aka ma driver aka ma bear aka ma scandalous hahaha!!!! gitew, dia yang plan semuanya.. zety aka panda aka iouls aka jemah tuncit follow je la.. Dalam kereta zety banyak berdiam almaklumlah kan 1st date.. segan le nak over2 kang dia kata gelojoh pulak ahaksss... ma man pulak tak henti-henti bercerita and zety enjoy bila dengar dia berceloteh hehehe!! Berceloteh disepanjang perjalanan hoccay hehe tapi baik juga dia banyak cakap dari zety.. mulut ada emas.. nk gelak pun cover-cover ala-ala gelak tutup mulut guna tudung saji la..(ayat gempak sikit hehe) So zety ingat dia tak tahu jalan.. kita dah naik nebes, takut-takut sampai muo kang hehehe.. kang tak pasal-pasal makan mee bandung kang.. Dia relex je.. cool control macho hehe..

Sampai di tempat yang dinanti-nanti kan.. KIDZCREME Cafe Aaron Aziz owner dia wooo hehehe.!!!(memang excited tapi muka cool je la. Xmo nampak jakun sangat hehehe) tersampai terawal pula, terpaksa round2 area Setia mall nk tengok view katanya.. pakcik ini dah naik risau sebab zety senyap je, dalam wasap dan fon bukan main membebel panjang.. bila depan-depan dah rupa tikus semput senyap je.. hahahaa!!

So cukup time, pukui 2 kami gi official date dan order food, zety order cabonara and nazir nak try steak burger tapi haritu out of stock(hahaha out of stock) so nazir order chicken parmigiana (betul ke ejaannya macam tu..) ah ya lupa nama ma man Muhammad Nadhzir Nazrin perkenalkan..(sila tengok gambar retis ini di bawah nanti ye) and dessert nazir nutella tart and for me choc brownies my pavarot ahakss hehehe.!! Dapat food je kami makan.. nazir makan sopan je.. zety makan macam orang kebulur 10tahun x makan hehehe!!..Habis makan, kami dok berbual-bual cerita itu ini. Masa itu pula ada group buat birthday party kot.. Ada 1 family ini nampak kami tengah dok berborak tiba-tiba SEORANG ABANG ini HULUR TANGAN UNTUK SALAM bear kita hahahaha..!!!(zety bantai gelak) maksud tersirat dia adalah.. "weh bangun la.. dok lama-lama pulak dia".. so nazir bangun dan bayar food semua kami gerak ke PUBLIKA kononnya nak try salon du choclate.. oleh kerana terlalu kenyang kami lepak mamak je la....

Ingat nak storykan perjalanan date smpi habis tapi Jari-jari ini terlalu penat untuk menaip hehe.. so kendian zety akan sambung ye... hahaha panjang mcm buat buku.. so tungguuuuu... (tengok gambar bawah ini.. saya membesar dengan jayanya sekali sekian) hahahaa.. DOAKAN yang terbaik untuk kami ya, terima kasih..

To be continue...

P/S: Kesetian bukan terletak pada kata-kata tetapi perbuatan dan hati kita, cara pertuturan, perwatakan dan keikhlasan kita kepada pasangan.(words of da day giteww hehehe)
Jadikan hubungan kita mengikut landasan agama. Ingat Allah SWT sentiasa mengetahui perbuatan kita didunia. Jangan alpa dengan kehendak dunia, sentiasa kejarkan akhirat.. Insha Allah selamat kita kemudian nanti.. for those yang tak suka cara zety bercerita tentang 1st date, zety minta maaf.. ini hanya perkongsian cerita sahaja... peace yo ahaksss..